#Hiburan: (TAHNIAH) Selepas 5 Hari Bertunang, Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri

Selepas mengikat tali pertunangan pada minggu lepas, pelakon jelita Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris hanya dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Wilayah pada jam 10.00 pagi tadi.

tasha shilla sah bergelar isteri

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan. Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak. Manakala, jumlah wang hantaran pula dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Kisah cinta mereka cukup indah, perkenalan mereka begitu singkat sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Difahamkan, pasangan ini telah bertemu di sebuah acara amal yang telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada dua bulan lalu.

Tasha dan suami kelihatan sungguh cantik dan segak mengenakan busana pengantin rona putih rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat.

tasha shilla kahwin

Tahniah kami ucapkan kepada Tasha dan Atiq. Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal sehingga ke syurga. Itulah kata orang, soal jodoh ini memang tidak boleh dijangka, akhirnya Tasha telah menemui kebahagiaan yang dicari-cari selama ini.

Kredit Foto : CST Production & Hatta Dolmat

Kredit Video : TV3 Malaysia


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments