#Hiburan: Sajat Pakai Baju Lelaki Sebelum Tunai Umrah, Tukar Pakaian Perempuan Ketika Di Tanah Suci?

Kecoh diperkatakan mengenai usahawan kosmetik Nursajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang telah pergi mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Rata-rata netizen mempersoalkan penampilan Sajat semasa menunaikan umrah iaitu sebagai seorang wanita lengkap dengan telekung dan bukannya dalam ihram.

Ramai juga yang keliru dan tertanya-tanya bagaimana Sajat dan boleh lepas masuk ke Tanah Suci sebagai perempuan sedangkan di dalam kad pengenalan, jelas nama dan jantinanya seorang lelaki.

 

 

Sajat pakai jubah lelaki

 

Namun, segala persoalan terjawab apabila seorang pengguna Twitter mengongsikan foto Sajat sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah. Dia tampil lengkap mengenakan jubah lelaki semasa di KLIA. Mungkin selepas tiba di Makkah, dia berubah gaya dan menukar pakaian untuk tampil sebagai wanita pula.

Mengejutkan juga pendedahan ini, agak hebat juga “wayang” Sajat dan rakan-rakannya. Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berwajib sekali lagi menyiasat identiti sebenar Sajat. Harus diketahui umum agar tidak lagi mencetuskan kekeliruan dan fitnah.

sajat umrah

Terdahulu, Sajat menerusi akaun Instagramnya seolah-olah cuba mendedahkan identiti sebenarnya biar pun tidak dijelaskan secara terperinci tetapi dia mengakui dirinya antara wanita bertuah. Jiwanya adalah seorang wanita.

Sumber Berita : Twitter Akhi Fairuz Al-Jengkawi & Shaiful Rizaidie


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments