#Hiburan: “Saya Bukan Pel*cur” – Pelakon Didakwa Minta Bayaran Pada Suami Selepas Buat Hubungan Intim?

Pelakon penuh kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani menepis dakwaan dia ada meminta bayaran setelah melakukan hubungan kelamin bersama bekas suaminya, Antonio Dedola.

Antonio difahamkan mendedahkan mengenai perkara itu menerusi perbualan antara dia dan Nikita.

Advertisement

Awak perlu pulangkan wang saya, dan awak juga perlu membayar saya selepas bercinta dengan saya. Okay? Adil? Mungkin lebih dari RM907, 657 (3 billion rupiah)? Awak ada wang sebanyak itu?

Berikutan itu, Nikita menegaskan bahawa dia tidak pernah menetapkan sebarang bayaran selepas melakukan hubungan intim bersama Antonio sebaliknya melakukan atas dasar cinta.

Jelas pelakon itu lagi, dia menyentuh isu itu kerana Antonio sering mengungkit mengenai pemberian wang dan hadiah-hadiah kepada Nikita sebelum ini.

Saya bertanya lagi, kalau begitu awak perlu membayar saya juga. Bayar untuk kepuasan yang saya berikan kepada awak. Boleh tak?

Terdahulu, Nikita dan Antonio dilaporkan bercerai setelah hanya empat bulan mendirikan rumah tangga. Perceraian tersebut merupakan kali ke-4 buat Nikita.

Puteri Sarah tiru gaya Ira Kazar
5 jam lalu

"Kenapa U Macam Tersakiti Sangat" - PS 'Posing' Cangkung Macam Ira Kazar Di IG, Nak Ikut 'Style' Madu Ke?

The post “Saya Bukan Pel*cur” – Pelakon Didakwa Minta Bayaran Pada Suami Selepas Buat Hubungan Intim? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments