#Hiburan: “First Time Dia Tak Menyumpah!” – Netizen Teruja & Bangga Gordon Ramsay Puji Video Resipi Khairulaming!

Resipi Khairulaming sering menjadi tumpuan dan rujukan ramai terutamanya golongan suri rumah untuk mencuba masakan itu.

Dia juga sering mendapat pujian dalam segala macam hal dan dijadikan inspirasi ramai generasi muda yang menggelarnya ‘influencer sebenar’.

Advertisement

Terbaru, Khairulaming sekali lagi membuatkan ramai rasa bangga selepas videonya mendapat perhatian cef terkenal antarabangsa, Gordon Ramsay.

Menerusi Twitter dan Instagram, dia berkongsi video duet cef itu yang menonton serta memberi komen tentang video resipi Burnt Sugar Steamed Pudding.

Lebih membuatkan ramai berasa bangga adalah kerana Gordon Ramsay tidak mengkritik atau ‘memaki’ video masakan ini seperti yang selalu kita ketahui.

First time video dia tak menyumpah. Tahniah.”

Apa yang lebih mencuit hati, Gordon sempat menyebut tentang sudu kayu yang menjadi ‘trademark’ Khairulaming sekian lama.

Dalam pada itu, netizen berasa gembira kerana sekali lagi anak muda mendapat perhatian figura antarabangsa dan tidak mustahil akan dikenali di peringkat yang lebih besar.

Sebelum ini, Sofyank yang terkenal dengan video kesan visual telah mengharumkan nama Malaysia selepas berjaya memenangi Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month anjuran idolanya, Zach King.

3 minggu lalu

4 Tahun Pasang Impian, Sofyank Akhirnya Kolaborasi Dengan Zach King Dalam Video VFX Terbaru - "Malaysia Bangga!"

The post “First Time Dia Tak Menyumpah!” – Netizen Teruja & Bangga Gordon Ramsay Puji Video Resipi Khairulaming! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments