Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh dikhabarkan sudah melangsungkan majlis pertunangan dengan wanita pilihannya, semalam.
Difahamkan, wanita itu dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Majlis sederhana tapi meriah itu berlangsung di Putra Heights dan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
Lapor Kosmo Online, ahli keluarga terdekat Noh tiba dari Kuching, Sarawak bersama dulang hantaran.
Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.
Fatin juga dikatakan mempunyai minat terhadap muzik, sama seperti Noh selain boleh bermain gitar dan menyanyi.
Terdahulu, Noh pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Mizz Nina pada Julai 2011 namun bercerai pada awal Ogos tahun lalu.
BACA:
The post Noh Salleh Selamat Bertunang, Bakal Nikah September Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments