Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memaklumkan bahawa dia telah mengalami keguguran.
Shuhada atau lebih mesra disapa Shu berkata dia menerima ketentuan bahawa dia kehilangan kandungan berusia 14 minggu yang juga merupakan cahaya matanya yang ketiga itu.
Bagaimanapun, usahawan berusia 29 tahun itu mengakui keguguran yang dialami sedikit sebanyak memberi impak terhadap tahap kesihatan mental dan fizikalnya.
Ya, saya mengalami keguguran ketika saya sedang menjalankan solat subuh, pada sujud terakhir saya perasan pendarahan keluar.
Tambahnya lagi, dia reda dengan semua ujian dengan hati yang reda dan berlapang dada kerana mengetahui kandungan tersebut merupakan anak syurga.
Saya reda sebab saya tahu ada anak yang menanti saya di syurga. Ya allah, saya sudah ada anak di syurga.
Dalam pada itu, Shuhada menafikan dia sengaja menggugurkan kandungan tersebut secara haram.
Sebelum ini, ibu kepad dua cahaya mata itu mengejutkan orang ramai selepas memaklumkan dia sedang hamil anak ketiga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Isteri Hafidz Roshdi Alami Keguguran, Nafi Sengaja Gugurkan Kandungan Secara Haram first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments