#Hiburan: “Kitab Mana Awak Rujuk” – Ditegur Aurat Pakai Seluar Ketat, Ryzal DurianKimchi Selar Netizen Semula

Belum reda dengan isu memerli golongan B40 di laman media sosial, sekali lagi nama Ryzal DurianKimchi menjadi sasaran kecaman netizen setelah memuat naik satu video di Instagramnya, baru-baru ini.

Video bertemakan ‘get ready with me‘ itu telah merakam pempegaruh tersebut menyarung satu set baju serta seluar pendek selepas memakai celana ketat panjang di bahagian dalam.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Dalam kapsyen video tersebut, Ryzal memberitahu bahawa pemakaiannya itu adalah salah satu cara memakai seluar pendek patuh syariah.

Bagaimanapun, kenyataan yang dilontarkan itu tidak dipersetujui oleh netizen dan rata-rata menganggap pemahaman suami Maryam itu kurang tepat.

komen netizen

komen netizen

Tidak mendiamkan diri, Ryzal tampil pertahankan diri dengan membalas ciapan salah seorang netizen yang menegurnya itu, lalu persoalkan dari kitab mana individu terbabit rujuk.

komen ryzal

Individu berkenaan turut membalas semula dengan memberi penjelasan bahawa hukum memakai pakaian ketat bukan saja tidak dibenarkan untuk kaum wanita, malah lelaki juga kerana ia dikira aurat jika menampakkan bentuk tubuh badan.

ryzal duriankimchi
3 minggu lalu

"Ramai B40 Nganjing T20, Ok Je" - 'Hina' Golongan B40, Ryzal Ibrahim Enggan Mohon Maaf & Minta Sedar Diri

The post “Kitab Mana Awak Rujuk” – Ditegur Aurat Pakai Seluar Ketat, Ryzal DurianKimchi Selar Netizen Semula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments