Perkongsian seorang anak perempuan tentang bapanya di TikTok baru-baru ini meraih perhatian dan mengundang rasa sebak.
Menerusi video itu, Siti Nur Aqirah, 27, mempamerkan bapanya yang sedang bersedih kerana menanggung kerinduan kepada isteri yang telah meninggal dunia.
Kata Aqirah, ibunya, Norlida Yaacob, 60, telah pergi menghadap Ilahi pada 16 Mei lalu akibat pneumonia dan kisah bapanya yang membeli nasi lemak untuk arwah meruntun hati warganet.
Bapanya, Mat Nasir Mamat, 65, membeli nasi lemak untuk isterinya namun apabila sampai di rumah dia termenung melihat katil kosong dan menangis.
Abah beli nasi dan mungkin dia terlupa cinta hatinya sudah tiada. Saya tahu abah sangat rindukan Maa dan itu kali pertama saya lihat abah nangis seperti itu, dia bukan seorang yang senang mengalirkan air mata.”
Pemergian arwah sangat memberi kesan mendalam terhadap Mat Nasir yang berkongsi hidup hampir 40 tahun dengannya dan sudah tentu dia akan mengambil masa untuk menerima kehilangan isteri tercinta.
Malah pada hari kedua selepas pemergian arwah, Aqirah berkata bapanya melakukan rutin yang sama iaitu keluar waktu pagi untuk membelikan nasi lemak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Belikan Nasi Lemak Untuk Sarapan, Suami ‘Terlupa’ Isteri Sudah Meninggal Dunia – “Abah Tengok Katil, Dia Menangis” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments