Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin memberi respon kepada isu hangat yang diperkatakan sebelum ini mengenai Datuk Aaron Aziz didakwa tidak lagi fit seperti dahulu.
Menerusi temu bual itu, Zul menafikan dakwaan pengarah The Original Gangster, Syamsul Yusof dan berkata Aaron masih lagi boleh melakukan babak aksi seperti dulu.
Aktor berusia 37 tahun itu yakin kerana dia sendiri melihat depan mata selepas melakukan babak aksi bersama Aaron dalam penggambaran baru-baru ini.
He’s a strong guy! Dia 47 tahun, saya 37. Jadi, saya dan dia 10 tahun beza, saya rasa dia kuat dan saiz pun lebih kurang. Pergerakan dia pun not bad, semuanya lebih kurang.”
Dalam pada itu, dia juga berharap agar perkara yang menjadi perselisihan di antara Aaron dan segelintir pihak dapat diselesaikan dengan baik.
Saya tak tahu isu isu sebelum itu. Tapi bagi saya, apa yang saya tengok depan mata saya, okay. Alhamdulillah. Saya harap kalau ada selisih faham mereka cari jalan penyelesaian. Tapi pengalaman saya dengan dia okay. Dia seorang yang kuat.”
Sementara itu, netizen dilihat memuji cara Zul menjawab soalan dengan matang dan tidak melaga-lagakan mana-mana pihak.
The post Zul Ariffin Saksi Sendiri Aaron Aziz Masih ‘Fit’ Lakon Babak Aksi – “Saya Tak Tahu Apa Isunya, Tapi He’s A Strong Guy” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments