#Hiburan: “Saya Nak Tutup Babak Yang Tak Berfaedah” – Puteri Sarah Enggan Komen, Canang Aib Sesiapa Lagi

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana memaklumkan bahawa dia banyak membazir masa berikutan kemelut rumah tangga yang dihadapi bersama suami, pengarah Syamsul Yusof.

Ujar Sarah, dia ingin meneruskan kehidupannya dengan aman dan tak mahu lagi menoleh ke belakang selain bergerak aktif dalam kerjaya lakonan dan nyanyian yang semakin banyak.

Advertisement

Saya tak nak buang masa lagi dah. Saya nak terbang tinggi dan Alhamdulillah banyak rezeki yang datang dari segi lakonan, perniagaan dan sebagainya.

Itu yang saya nak fokuskan. Sebab saya dah terlalu banyak buang masa. Saya dah tak nak lagi kuburkan diri saya di sini sahaja. I want to fly high dan tutup babak yang tak berfaedah.

Katanya lagi, dia enggan lagi membuka aib mana-mana pihak dan tidak mahu terlalu mencanang perihal pergolakan rumah tangga yang masih dalam perbicaraan mahkamah.

Puteri Sarah dalam pada itu mengharapkan agar segala-galanya berjalan dengan lancar.

Sama seperti doa-doa saya sebelum ini. Saya harap semua berjalan lancar. Itu sahaja. Segalanya terserah kepada mahkamah.

Azhar Sulaiman ikan bakar
20 jam lalu

"Ini 'Ubat' Ketika Saya Moody.." - Makan Ikan Bakar Di Restoran Bukan Muslim, Ini Penjelasan Azhar Sulaiman..

 

The post “Saya Nak Tutup Babak Yang Tak Berfaedah” – Puteri Sarah Enggan Komen, Canang Aib Sesiapa Lagi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments