Penyanyi rap dari kumpulan K-Clique iaitu MK telah memuat naik gambar dirinya yang sedang memakai songkok dan memohon doa daripada orang ramai agar urusannya dipermudahkan.
Susulan itu, timbul dakwaan yang mengatakan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita dikenali sebagai Siti Hajar.
Meninjau di ruangan komen, bukan sahaja netizen, malah rakan-rakan artis turut mengucapkan tahniah kepada MK yang dikatakan akan berkahwin tidak lama lagi.
Difahamkan, dakwaan tersebut timbul selepas terdapat sumber yang melihat beberapa foto memaparkan MK beraya di rumah abang kepada wanita berkenaan.
Menerusi gambar tersebut, penyanyi berusia 26 tahun itu dilihat mengenakan persalinan baju raya bewarna merah hati sedondon dengan Hajar.
Bukan itu sahaja, Hajar turut menunjukkan cincin yang dipakai pada jarinya di dalam gambar tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Semoga Allah Permudahkan Urusan” – Tunjuk Cincin Di Jari, MK K-Clique & Siti Hajar Dah Bertunang? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments