#Hiburan: “Mesra Sangat Ni..”- Muat Naik Foto Berpelukan, Peminat Gesa Yasmin Hani Dan Alif Hadi Cepat Menikah

Personaliti TV dan pelakon, Yasmin Hani baru-baru ini ada memuat naik foto bersama kekasihnya, pelakon Aliff Hadi.

Perkongsian itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila kedua-duanya kelihatan begitu mesra seperti sudah berumah tangga.

Advertisement

Yasmin dan Aliff yang berpakaian serba hitam itu dilihat berpelukan kedua-duanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pasangan ini cepat bernikah dan bergelar suami isteri.

Namun, ada juga yang menegur ‘kemesraan’ yang ditonjolkan kerana dianggap berlebihan dan tidak manis dipandang.

Terdahulu, Yasmin Hani pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Sha’arin Mohamed Razali pada tahun 2011 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong sebelum bercerai pada tahun 2021.

Tiz Zaqyah
3 jam lalu

"Sampai Sekarang Saya Tak Makan Pisang Di Tempat Awam" - Tiz Zaqyah

The post “Mesra Sangat Ni..”- Muat Naik Foto Berpelukan, Peminat Gesa Yasmin Hani Dan Alif Hadi Cepat Menikah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments