#Hiburan: “RM1 Juta Bukan Nilai Saya, Tapi Untuk Pembelaan Dan Keadilan” – Lufya Omar

Pelakon Lufya Omar yang ditemui di Mahkamah Syariah tampil menjelaskan mengenai tuntutan Mut’ah terhadap bekas suami, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang bernilai RM1 juta.

Memetik Utusan, Lufya berkata amaun itu adalah harga pengorbanan yang perlu dibayar bekas suami sepanjang empat tahun mereka bergelar suami isteri.

Advertisement

Tuntutan itu juga menurut Lufya adalah perlu kerana dia perlu meneruskan hidup bersama anak perempuan mereka, Laana Haura di samping kos sara hidup yang semakin tinggi pada ketika ini.

Dia juga menjawab tentang tuntutan yang hanya dibuat selepas tiga tahun bercerai di mana Lufya memberi alasan memerlukan masa untuk membuat persediaan mental dan fizikal.

Saya tak pernah minta apa-apa pun selama ini walaupun barang. Saya beri masa untuk Hafiz fokus memberi nafkah kepada anak. Saya pun nak stabilkan diri juga.

Bila sudah difitnah, sebagai ibu tunggal saya mahu dapatkan pembelaan. RM 1 juta bukan nilai saya, tapi untuk keadilan.

Terdahulu, Lufya telah memfailkan tuntutan Mut’ah bernilai RM1 juta terhadap Che Hafiz pada 2 Mac yang lalu.

Pelakon itu telah mendirikan rumah tangga pada November 2016 bersama bekas suami dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 5 tahun.

Che Hafiz kemudiannya bernikah dengan pelakon Julia Farhana pada Disember 2022 setelah tiga tahun menduda.

DS Vida nak kahwin
3 jam lalu

"Bukan Nak Sorok Benda Baik.." - Dah Lama Tak Buat Kontroversi, DS Vida Sibuk Buat Persiapan Nak Kahwin?

The post “RM1 Juta Bukan Nilai Saya, Tapi Untuk Pembelaan Dan Keadilan” – Lufya Omar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments