#Hiburan: “Dulu Konon Kata Ciri-Ciri Isteri Wajib Bertudung” – Buka Ruangan Komen Lepas Isu ‘Free Hair’, IG Isteri Haqiem Rusli Dibanjiri Kecaman

Selepas membuat keputusan membuka tudung sebulan yang lalu, isteri Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea mengambil keputusan untuk menutup semua ruangan komen di Instagram kerana barangkali sudah tahu ia hanya akan dipenuhi dengan kecaman netizen.

Terbaharu, setelah sekian lama menutup ruangan berkomunikasi dengan pengikut di platform tersebut, akhirnya Sofea membuka semula ruangan komennya.

Advertisement

Dari foto yang dimuat naik, Sofea kelihatan memakai baju kurung berwarna merah jambu dan dipercayai momen itu adalah ketika menghadiri rumah terbuka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@anissofeaaz)

Perkongsiaan foto Sofea itu dihujani dengan pebagai nasihat serta pandangan daripada netizen yang menganggapnya lagi cantik bertudung.

Dalam pada itu, ada juga yang berkata keayuan isteri Haqiem Rusli sudah hilang selepas mengambil keputusan untuk memaparkan aurat kepada umum.

komen netizen

komen netizen

Biarpun ramai mengecam, ada juga peminat yang memberi kata-kata semangat buat gadis tersebut agar menjadi dirinya yang sebenar tanpa menghiraukan kecaman ramai.

isteri haqiem rusli free hair
3 minggu lalu

"Saya Terima Ujian Ni, Saya Dah Cuba Jadi Suami Yang Baik Kepada Anis" - Haqiem Rusli Jawab Isu Isteri 'Free Hair'

The post “Dulu Konon Kata Ciri-Ciri Isteri Wajib Bertudung” – Buka Ruangan Komen Lepas Isu ‘Free Hair’, IG Isteri Haqiem Rusli Dibanjiri Kecaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments