Sejak kejadian menyelar wartawan sewaktu sesi temubual secara ‘live’, ramai yang menghentam penyanyi veteran, Datuk Hattan dan menganggap dirinya tidak profesional dengan memalukan wartawan itu.
Susulan isu itu sudah berleluasa, banyak pihak mengesa Hattan untuk memohon maaf kepada wartawan tersebut tetapi hingga ke hari ini masih belum dilakukan, malah pilih untuk diamkan diri terlebih dahulu hingga keadaan sudah reda.
Biarpun banyak pihak kurang senang dengan tindakan Hattan, tetapi tidak buat pelawak, Tauke Jambu, dimana dia tidak bersetuju orang ramai meminta penyanyi tersebut memohon maaf kepada wartawan tersebut.
Menurut Tauke, sekiranya situasi sebaliknya berlaku, kenapa tidak pula wartawan tersebut meminta maaf kerana salah dalam membuat laporan mengenai selebriti.
Kalau wartawan buat silap, artis jadi kambing hitam? Apa cerita? Hidup kena adil, cerita buruk artis saja keluar.
Dalam pada itu, Tauke memuji persatuan wartawan yang cepat mempertahankan ahli mereka, tetapi tidak buat insan-insan seni yang dianggap lebih mementingkan diri.
Sekadar info, Hattan dikecam teruk setelah tular klip beberapa saat dirinya menegur seorang wartawan secara siaran langsung dan menutup telefon tanpa sebarang salam.
The post “Kalau Wartawan Buat Silap, Artis Jadi Kambing Hitam?” – Tauke Tak Setuju Hattan Digesa Mohon Maaf Isu Biadab first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments