Selain masalah kulit, kehadiran garis-garis halus pada wajah antara mimpi ngeri untuk wanita. Oh nooo! Siapa je nak nampak tua sebelum usia. Paling parah bila dipanggil ‘akak’ oleh mereka yang lagi berusia. Malunya..
Untuk mengurangkan kesan penuaan dan melambatkan tanda-tanda ini, pilihlah produk penjagaan kulit yang betul.
Tak semestinya perlu mencecah usia 30-an barulah nak mencari produk anti-ageing. Sebenarnya, bila dah 25 tahun ke atas, dah boleh produk skincare anti-ageing yang bersesuaian.
Perlahankan tanda penuaan dengan ALIA Retinol Anti-ageing
Jenama penjagaan kulit ALIA memperkenalkan rangkaian ALIA Retinol Anti-ageing untuk menyerikan kulit wajah. Produk ini menggalakkan penghasilan kolagen dan mengurangkan penampilan garis halus, kedut selain tona kulit tidak sekata.
ALIA Retinol Anti-ageing menjadikan Retinol atau Vitamin A sebagai bahan utama untuk melawan tanda penuaan. Paling menarik, semestinya tambahan Habbatus Sauda yang dikenali sejak berzaman mempunyai banyak manfaat kesihatan dan kecantikan.
Kombinasi bahan terbaik
Bukan itu sahaja, ada juga gabungan ramuan Kombucha Korea yang terbukti secara saintifik untuk menyerikan kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen. Penghasilan kolagen ini semestinya memberi kesan positif dengan kulit kelihatan lebih anjal bebas garis halus, kedut dan masalah tekstur.
Kulit yang semakin matang bermakna tahap hidrasi semakin berkurang yang kemudiannya menghasilkan garis halus. Untuk itu, ALIA turut memasukkan bahan Hyaluronic Acid dalam rangkaian produk ini bersama Vitamin B3, C dan E.
Gabungan vitamin-vitamin ini terbukti secara dermatologi untuk melawan tanda penuaan, mencerahkan selain membekalkan hidrasi lebih lama. Hasilnya kulit lebih lembut, tegang, anjal dan berseri kembali.
5 langkah komprehensif
1.ALIA Retinol Anti-ageing Facial Cleanser berkesan membersih secara mendalam kotoran dan mekap pada kulit wajah.
2.Kemudian, gunakan ALIA Retinol Anti-ageing Essence Toner untuk menyeimbangkan kembali keadaan kulit dan menyingkirkan sebum lebihan. Toner ini terbukti berkesan untuk melembap dan melindungi dari dehidrasi.
3.Produk yang tidak boleh dilupakan dalam rangkaian ini seemstinya ALIA Retinol Anti-ageing Intensive Serum. Serum ini diperkaya dengan Swiss Apple Stem Cell dan Tripeptides yang merangsang penghasilan kolagen membuatkan kulit lebih anjal.
4.Jangan dilupakan ALIA Retinol Anti-ageing Firming Cream yang fungsinya memfokuskkan untuk mengembalikan keanjalan kulit dari dalam.
5.Akhir sekali, gunakan ALIA Retinol Anti-ageing Youth Firming Eye Cream di kawasan sekitar mata. Krim ini melicinkan kedut bawah mata dan menjadikan wajah kelihatan lebih muda berseri.
Rangkaian produk ALIA Retinol Anti-ageing kini didapati semua Watsons seluruh Malaysia dan secara ONLINE dengan harga dari RM21.90 sehingga RM59.90. Sempena pelancaran, ada diskaun 10% tau, rugi tak grab sekarang!
Untuk info lanjut mengenai ALIA, lawati page ALIA, jangan lupa follow mereka di Instagram untuk promo terkini juga!
The post 5 Langkah Lambatkan Tanda Penuaan Sebelum Usia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments