#Hiburan: “Diana Tak Jumpa Dan Salam Ibu Bapa Saya, Keluar Tak Ikut Pintu Utama” – Farid Kamil

Semalam, pelakon sensasi, Farid Kamil yang turut ditemani oleh kedua ibu bapanya ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari bagi prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan sebutan nusyuz memberitahu isterinya, Diana Danielle langsung tidak menyapa.

Difahamkan, selepas sahaja prosiding mahkamah selesai, Diana dan ibu bapa Farid tidak bertegur dan barangkali tidak perasan satu sama lain.

Advertisement

Diana tak bertemu dan tak bersalaman dengan mereka. Mungkin dia pun tak perasan atau tak nampak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

Farid turut memaklumkan kedua-dua ibu bapanya iaitu Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah sanggup datang dari Kedah demi memberi sokongan serta mendoakan yang terbaik untuk rumah tangganya.

Dalam pada itu, pelakon filem Anwar: The Untold Story ini juga berasa positif biarpun keputusan JKP gagal dan dirinya berkeras enggan mahu melafazkan cerai.

Sekadar info, sebelum ini Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap Farid Kamil kerana didakwa sudah tidak persefahaman.

4 minggu lalu

"Ingat, Curang Itu Pilihan.." - Farid Kamil Sindir Diana Danielle?

The post “Diana Tak Jumpa Dan Salam Ibu Bapa Saya, Keluar Tak Ikut Pintu Utama” – Farid Kamil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments