#Hiburan: “Tak Terjangkau Dek Akal!” – Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Dua Anak Undang Kemarah Orang Ramai

Seorang ibu kepada lima cahaya mata dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya yang berusia 14 dan 12 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 33 tahun itu mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu di Puncak Alam, kira-kira 8 malam pada November 2022 lalu.

Advertisement

Bukan itu sahaja, dia juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengarahkan pembuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk video terhadap anak perempuannya berusia 15 tahun.

ibu

Difahamkan, perbuatan itu didakwa dilakukan di hotel di Sungai Buloh pada 2 pagi, Februari 2022.

Dalam pada itu, seorang penarik kereta berusia 22 yang juga kenalan wanita berkenaan didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan tersebut.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga hukuman sebat.

ibu

Meninjau di ruangan komen di laman Facebook, rata-rata pengguna media sosial telah meluahkan rasa berang terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan ibu berkenaan kepada anak kandungnya sediri.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga berharap agar wanita berkenaan dikenakan tindakan setimpal dengan perbuatannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 jam lalu

Kes Pengasuh Dera Bayi Asuhan, Netizen Cari Sampai Lubang Cacing - "Akhirnya Bainun Ada BFF"

The post “Tak Terjangkau Dek Akal!” – Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Dua Anak Undang Kemarah Orang Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments