#Hiburan: “Masih Tak Ambil Pengajaran?” – Konsert Coldplay, Ulama PAS Minta Orang Ramai Ingat Bencana Tsunami, Banjir

Bekas timbalan ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abdul Rani memaklumkan bahawa kejadian bencana yang berlaku merupakan salah satu peringatan daripada Allah.

Bukan itu sahaja, Ahmad Dusuki berkata kejadian seperti tsunami, banjir, Covid-19 dan tanah runtuh merupakan petunjuk Tuhan yang sepatutnya menginsafkan orang Islam.

Advertisement

Calon PAS dalam PRU ke-14 itu turut memuat naik tangkap layar laporan berita hiburan mengenai konsert Coldplay yang bakal berlangsung sekaligus mengaitkan dengan bencana alam tersebut.

coldplay

Apakah kita masih tidak mengambil pengajaran daripada itu semua?

Dalam pada itu, Ahmad Dusuki sempat mengajak orang ramai untuk membantu orang yang tidak bersalah dengan menolak program laknat tersebut.

Bagi sesiapa yang berhasrat dan membeli tiket ni, jika pun kalian tak takut dengan ingatan Allah, bantulah orang yang tak bersalah agar tak menyokong program laknat ini!!

Info tambahan, penyanyi kumpulan rock British, Coldplay bakal mengadakan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November ini.

Malah, media melaporkan kesemua tiket habis terjual dalam tempoh hanya tiga jam selepas penjualan tiket secara online dibuka semalam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 hari lalu

"Jangan Beli Kalau Tak Nak Pergi!" - Peminat 'Coldplay' Berang Individu Jual Balik Tiket Harga Cecah RM43K

The post “Masih Tak Ambil Pengajaran?” – Konsert Coldplay, Ulama PAS Minta Orang Ramai Ingat Bencana Tsunami, Banjir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments