Seorang pembantu jurulatih selam ditahan polis selepas tular rakaman video mempamerkan dirinya mencabul pelancong wanita warga China.
Menerusi rakaman yang tular itu, lelaki tersebut dilihat mencium pipi pelancong berkenaan ketika melakukan aktiviti menyelam di Semporna, Sabah pada Jumaat lepas.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintendan Arif Abdul Razak, suspek berusia 27 tahun itu ditangkap di sebuah penginapan atas ais selepas mangsa membuat laporan keesokan hari.
Tak nafi memang ramai instructor/beach boy gila sex. pic.twitter.com/BXMXfYUmIR
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) May 8, 2023
Kata mangsa berusia 25 tahun itu, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari dan dia juga disahkan telah meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau selepas membuat laporan.
Difahamkan, dia telah menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur dari Tawau dan akan menyambung perjalanan pulang ke negara asalnya.
Suspek kini ditahan reman sehingga 11 Mei untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Dalam pada itu, netizen di media sosial mendakwa ramai jurulatih atau beach boy yang miang tidak kiralah daripada segi pertuturan atau perbuatan.
The post “Memang Ramai ‘Instructor’ Gila S*ks” – Cium Pelancong China Ketika ‘Diving’, Jurulatih Selam Skuba Ditangkap first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments