Seperti yang ramai tahu, kumpulan penyanyi antarabangsa dari British iaitu Coldplay bakal mengadakan konsert di Malaysia pada November nanti.
Susulan itu, pengumuman konsert tersebut telah mengundang rasa teruja rata-rata peminat di negara ini.
Tidak ketinggalan, seorang wanita yang sedang hamil sekitar 4 hingga 5 bulan menyatakan hasratnya untuk turut menghadiri konsert tersebut.
Kalau time tu tengah pregnant 4 – 5 bulan, boleh masuk tak?
Sehingga kini, hantaran yang dimuat naik di laman Twitter itu telah mendapat 1.1M tontonan, 2.6K tanda suka, dan 581 ciap balas.
Meninjau di ruangan balas, rata-rata pengguna media sosial telah memberi pelbagai respon, ada yang melarang wanita itu ke konsert kerana bimbang dengan keselamatan kandungannya.
Bukan itu sahaja, ramai yang mengatakan ibu mengandung tidak digalakkan untuk pergi ke konsert memandangkan bunyi yang kuat dan bising tidak bagus untuk bayi.
Namun, ada juga segelintir pihak yang mengatakan tidak ada masalah untuk ibu yang sedang hamil untuk pergi ke konsert namun perlu memastikan untuk mendapatkan tiket di tempat duduk penonton.
Malah, ada juga pengguna Twitter yang turut berkongsi pengalaman sendiri ketika menghadiri konsert sewaktu mereka sedang hamil beberapa bulan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Ibu Mengandung Luah Hasrat Nak Pergi Konsert Coldplay, Netizen Bagi Nasihat – “Janganlah Sis, Bahaya..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments