#Hiburan: “Layan Suami Macam Pelac*r” – Wanita Sebar Fahaman Menyimpang Syarak Islam Diburu JAKIM

Sebelum ini, tular di laman Twitter mengenai tindakan seorang wanita yang kononya memberi motivasi mengenai perihal rumah tangga rupanya berkongsi fahaman menyimpang daripada syarak agama Islam.

Difahamkan, wanita berkenaan turut menggunakan platform Telegram untuk dijadikan sebagai tempat para suami isteri untuk menceritakan masalah berkaitan hubungan intim tanpa batasan atau tapisan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, kumpulan Telegram ‘Isteri Batin Idaman Suami’ itu turut digunakan untuk menyebarkan dakyah dimana suami disuruh merogol isteri serta isteri perlu melayani suami umpama pelacur.

Malah, dakyah terbabit menggunakan agama kononnya menyuruh si isteri melayani hajat suami tidak mengira masa dan keadaan.

Lebih membimbangkan, terdapat kiriman di dalam kumpulan Telegram berkenaan yang menyuruh suami untuk menyakiti isteri mereka bagi yang enggan melayani ‘hajat’ si suami.

Tampil memberi respon, pendakwah bebas, PU Syed menggesa pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan segera terhadap kumpulan ini.

Asas ajaran yang diberikan kepada pengikutnya adalah lebih cenderung kepada penderaan seksual serta fizikal kepada isteri dengan menjual nama ketaatan.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta JAKIM untuk membuat laporan kepada SKMM berhubung kewujudan kumpulan Telegram yang membincangkan topik lucah.

Ada perkara yang tidak perlu kita bincang secara terbuka termasuklah dalam bab hubungan intim suami isteri.

Jelasnya lagi, topik perbualan yang menggunakan bahasa berbaur lucah bukanlah akhlak yang diajar agama Islam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fatin
3 hari lalu

"Ajar Main Belakang Lah, Jilat Lah.." - Konon Bagi Motivasi Rumah Tangga, Wanita Dikecam Kongsi 'Content' Lucah

The post “Layan Suami Macam Pelac*r” – Wanita Sebar Fahaman Menyimpang Syarak Islam Diburu JAKIM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments