#Hiburan: Koyak Baju Atas Pentas Tayang Ketiak, Naufal Azrin Sekali Lagi Curi Perhatian – “Itu Metafora Persembahan, Saya Tahu Batas Aurat”

Minggu lalu, penyanyi baru Naufal Azrin dikritik gara-gara memakai rantai ketika membuat persembahan di rancangan realiti Big Stage musim kelima.

Ia mendapat kecaman hebat daripada ramai peminat dan pengikutnya di media sosial kerana Naufal mempunyai latar belakang sebagai pelajar tahfiz.

Advertisement

7 hari lalu

"Makin Jauh Budak Tahfiz Sorang Ni..." - Pakai Rantai & Baju Tayang Dada, Peminat Kecewa Dengan Naufal Azrin

Nampaknya, penyanyi berusia 23 tahun ini sekali lagi meraih perhatian pada konsert minggu kedua Big Stage selepas melakukan sesuatu di atas pentas.

Difahamkan, ketika membuat persembahan Naufal bertindak mengoyakkan lengan baju dan menayangkan sebahagian anggota badannya dari ketiak hingga ke siku.

Dia bagaimanapun menegaskan bahawa perbuatannya itu hanyalah konsep dan metafora persembahannya ketika menyanyikan lagu Generasiku daripada OAG.

Itu menunjukkan metafora untuk generasi saya. Itu yang saya cuba nak sampaikan. Ini bukan gimik, memang dah plan jadi konsep persembahan macam itu.”

Tambah Naufal, dia tidaklah keterlaluan serta masih menjadi batas jika di luar dan semuanya atas dasar memenuhi kreativiti pertandingan.

Had saya adalah selagi saya menutup aurat, saya tahu batas aurat di mana. saya masih tak buka dan tak rasa nak buka aurat. Saya masih lagi diri saya.”

Dalam pada itu, Naufal mendapat kritikan hebat daripada juri tetap, Ajai yang berkata persembahannya teruk pada minggu ini serta hanya memberikan 20 markah sahaja membuatkannya hampir tersingkir.

The post Koyak Baju Atas Pentas Tayang Ketiak, Naufal Azrin Sekali Lagi Curi Perhatian – “Itu Metafora Persembahan, Saya Tahu Batas Aurat” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments