#Hiburan: Senyum Lebar Bersama Isteri Di Majlis Pertunangan Shila Amzah, ND Lala Kembali Ke Pangkuan Keluarga?

Sedia maklum, penyanyi veteran ND Lala sebelum ini dikhabarkan sudah pun berkahwin untuk kali kedua bersama wanita yang jauh lebih muda, hingga berlakunya kemelut dengan isteri pertama, Datin Fauziah.

Bagaimanapun, sewaktu majlis pertunangan anak perempuan iaitu Shila Amzah dan pasangan, Ubai berlangsung semalam, ND Lala hadir memunculkan diri dan sekali gus memberi bayangan kemelut yang berlaku dengan keluarga sudah pulih.

Advertisement

 

Ig story syada amzah

Malah, adik kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah memuat naik foto mereka sekeluarga dan kelihatan ibunya tersenyum lebar disisi suami.

Dalam pada masa yang sama, Syada turut mengucapkan tahniah buat kakaknya serta bakal abang ipar, Ubai yang melangsungkan majlis pertunangan, semalam.

Sekadar info, Datin Fauziah dikhabarkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi untuk memfailkan penceraian dengan ND Lala pada 3 April lalu, namun dakwaan tersebut disangkal oleh Syada Amzah.

19 jam lalu

Status Sedih Sekadar Gimik, Shila Amzah & Ubai Selamat Bertunang

The post Senyum Lebar Bersama Isteri Di Majlis Pertunangan Shila Amzah, ND Lala Kembali Ke Pangkuan Keluarga? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments