Baru-baru ini, melalui laporan Utusan, ujian kemasukan ke sekolah berasmara penuh (SBP) didakwa terlalu remeh buat para pelajar untuk menjawabnya dan seorang pengetua SBP mendakwa soalan yang diberi sama sekali tidak menunjukkan kemampuan sebenar murid.
Susulan itu, pengacara terkenal Fedtri Yahya tampil memberi pandangannya di laman Twitter dengan memberi solusi bahawa jika lebih baik UPSR dikembalikan semula agar dapat menilai kemampuan seorang murid sebelum memasuki SBP.
Ramai bersetuju dengan pandangan Fedtri Yahya dan guru-guru turut ada memberi komen bahawa selepas UPSR ‘dibubarkan’, pembelajaran pelajar juga makin lemah dan sama sekali tidak layak untuk memasuki SBP.
The replies to this guy are full of sentiment to “bring back UPSR” by people who believe that the purpose of education is to create workers. If there are no exams, they don’t know how else to measure success. And that is sad pic.twitter.com/gGCZBBQLYD
— Oden Fujiyama is inhabited by a cry (@FujiyamaOden) May 8, 2023
Bagaimanapun, terdapat seorang individu tidak bersetuju dengan cadangan kembalikan peperiksaan UPSR tersebut dan menanggap pembelajaran pelajar makin merosot kerana pandemik yang berlaku 3 tahun yang lalu.
Bahkan, individu turut pertikaikan bahawa ibu bapa yang mahu UPSR dikembalikan semula hanya kerana mahu ‘menunjuk-nunjuk’ bahawa anak mereka lebih bijak daripada anak orang lain.
Sekadar info, pada tahun 2021, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) akan dimansuhkan setelah negara dilanda pandemik COVID-19.
The post “Tak Payah Sibuk Nak Bawa Balik UPSR, Kau Nak ‘Exam’ Pun Cuma Nak Buktikan Anak Kau Bijak Je Kan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments