#Hiburan: “Real Life Princess!” – Ramai Terpegun Tengok Kecantikan Anak Perempuan Que Haidar, Netizen Persoal Gelaran ‘YM’

Pelakon, Que haidar telah mendapat perhatian orang ramai selepas berkongsi foto memaparkan dua anak perempuannya, YM Tengku Ratu dan YM Tengku Cleopatra menerusi laman Twitter, baru-baru ini.

Menerusi ciapan tersebut, Que atau nama sebenarnya YM Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar memuat naik foto mereka yang sedang menjalani penggambaran atau photoshoot bersama isterinya, Linda Jasmine.

Advertisement

Bukan itu sahaja, kedua anak perempuannya turut dilihat menggayakan baju kebaya songket berwarna kuning ala-ala puteri.

My very own princesses.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen telah memuji kecantikan yang dimiliki oleh kedua anaknya dan terpukau dengan kejelitaan mereka.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang mengatakan mereka memiliki wajah anggun sepeti ibu mereka selain turut kelihatan sepeti ahli-ahli kerabat diraja.

Namun, ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan gelaran ‘YM’ yang terdapat pada nama kedua anaknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anis Sofea
2 jam lalu

(VIDEO) "Rambut Selekeh, Tak Profesional Langsung" - Isteri Haqiem Rusli Dikecam Tak Layak Jadi Duta Produk Gara-Gara Penampilan Baru

The post “Real Life Princess!” – Ramai Terpegun Tengok Kecantikan Anak Perempuan Que Haidar, Netizen Persoal Gelaran ‘YM’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments