#Hiburan: Isteri Haqiem Rusli Akui Ada ‘Feeling’ Nak Jadi Kpop Idol – “Sebab I Rasa I Macam Rosé..”

Sebelum ini, isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea mengejutkan orang ramai selepas membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Terkini, Anis telah dilantik untuk menjadi duta kepada sebuah produk kecantikan daripada jenama tempatan.

Advertisement

Menerusi temubual di laman TikTok, pempengaruh berusia 21 tahun itu berkata dia menyukai tema produk tersebut kerana mempunyai konsep ‘korean’.

Bukan itu sahaja, Anis mengakui dia mempunyai angan-angan untuk menjadi K-pop idol kerana merasakan dirinya seperti penyanyi kumpulan korea, Blackpink iaitu Rosé.

Kenapa I nak feeling-feeling jadi K-Pop idol, sebab I rasa I macam Rosé.

Dalam pada itu, Anis memaklumkan suaminya ada memberi nasihat untuk sentiasa menjaga maruahnya sebagai isteri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mempersoalkan keyakinan isteri Haqiem Rusli itu yang mengakui dirinya seperti Rosé.

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen yang mengatakan wajah Anis lebih seiras dengan pempengaruh media sosial, Kak KM.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 jam lalu

"Elok Lah Sama-Sama Kuat Menyinggah" - Keluar Jalan Bersama, Netizen Syak Sharifah Rose & Ezrin Loy Bercinta?

 

The post Isteri Haqiem Rusli Akui Ada ‘Feeling’ Nak Jadi Kpop Idol – “Sebab I Rasa I Macam Rosé..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments