Ini bukanlah kali pertama pelakon, Eyka Farhana meraih perhatian ramai dan dikritik warganet gara-gara penampilannya yang dikatakan ‘berani’.
Baru-baru ini, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menerima kritikan selepas memilih gaun yang seksi ketika menghadiri sebuah acara.
Video dimuat naik olehnya di Instagram mempamerkan Eyka menggayakan gaun pendek paras paha berwarna biru dan dipadankan dengan sut gelap.
Bagaimanapun, bukan hanya dikritik seksi tetapi sesetengah individu berpendapat pelakon Melur Untuk Firdaus 2 itu sebenarnya tidak selesa dengan apa yang dipakainya.
Menerusi ruangan komen, netizen menegur Eyka yang dilihat sentiasa meletakkan tangan seperti mahu menutupi bahagian dadanya yang terdedah.
Segelintir pula dilihat menyindir Eyka kerana ‘tahu malu’ walaupun memilih untuk menggayakan pakaian terdedah sebegitu.
The post Dikritik Seksi Pergi ‘Event’, Netizen Perli Eyka Farhana Letak Tangan Dekat Dada – “Tau Pula Malu Nak Cover” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments