#Hiburan: “Sebagai Suami, Tegurlah Pakaian Isteri. Kamu Berdua Islam” – Dikecam Pakai ‘Sleeveless Top’, Isteri Aiman Tino Balas Komen Netizen

Belum pun sampai sebulan mendirikan rumah tangga, isteri penyanyi Aiman Tino, Syarah Haifa sudah mula mendapat komen tidak menyenangkan daripada netizen.

Baru-baru ini, Syarah ada memuat naik video tariannya bersama Aiman dan berkata itu adalah cara bagaimana mereka menghilangkan stress.

Advertisement

Bagaimanapun, pakaian Syarah pula yang menjadi tumpuan dan dikritik segelintir individu di ruangan komen video TikTok tersebut.

Menerusi video itu, dia dilihat memakai seluar berwarna hitam dan baju tanpa lengan dan turut menampakkan sedikit bahagian perutnya.

Ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak malah seorang wanita telah menegur penampilan Syarah dan berharap Aiman dapat menegur cara pemakaian isterinya.

Sebagai seorang suami kenalah tegur dari segi pemakaian isteri kerana kamu berdua Islam. Kalau bukan Islam tak apa pakai baju macam tu dik.”

Syarah bagaimanapun tidak berdiam diri dan terus memberikan respon dengan membalas komen individu berkenaan.

Begitulah kehidupan selebriti, ketika bujang semua perkara menjadi tumpuan dan bila berkahwin, pasangan mereka pun tak lari daripada menerima kritikan netizen.

Bertabahlah….

dai syed menari
2 hari lalu

"Kami Bukan Ikon Islamik, Hana Bukan Ustazah" - Da'i Syed Yakin Tak Berlebihan Papar Menari Dengan Isteri Kepada Umum

The post “Sebagai Suami, Tegurlah Pakaian Isteri. Kamu Berdua Islam” – Dikecam Pakai ‘Sleeveless Top’, Isteri Aiman Tino Balas Komen Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments