#Hiburan: “Makin Hitam Macam Orang Kampung” – Liyana Jasmay Kena ‘Face Shaming’, Ini Respon Tuan Badan

Pelakon dan juga pengarah, Liyana Jasmay baru-baru ini dikritik kerana mempunyai kulit gelap oleh seorang individu di TikTok.

Kata individu itu, Liyana semakin hari semakin hitam dan mempunyai perwatakan seperti orang kampung jika nak dibandingkan dengan selebriti yang lain.

Advertisement

Artis lain makin lama makin putih cantik, LJ ni aku tengok makin lama makin hitam dah macam orang kampung dah.

Liyana yang sedia maklum dengan kritikan itu kemudiannya tampil meninggalkan respon terhadap individu itu.

Kata Liyana, dia terima seadanya komen yang ditinggalkan individu itu dan enggan mengambil suntikan memutihkan kulit seperti selebriti yang lain.

Warna kulit saya sebenarnya coklat kekuningan tetapi kalau awak rasa itu hitam, saya terima sajalah.

Saya tak mahu kulit warna putih pun sebab saya takut kalau inject putih tu ada kesan sampingan.

Tambahnya lagi, untuk bergelar selebriti tidak diwajibkan untuk berkulit putih selain bersyukur kerana suaminya masih menerima dirinya seadanya tanpa mengira warna kulit.

“Kalau dilahirkan warna kulit orang melayu, hendak buat macam mana. Mungkin hitam untuk awak tetapi putih di hati suami saya” katanya lagi.

BACA: “Saya Harap Dapat Doa Semua” – Watie Hanifiah Luah Rasa Syukur, Pertunangan Dengan Shuib Berjalan Lancar

The post “Makin Hitam Macam Orang Kampung” – Liyana Jasmay Kena ‘Face Shaming’, Ini Respon Tuan Badan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments