Pelakon, Fizo Omar memaklumkan isterinya, Fazeera Nazri telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar meluahkan rasa syukur urusan isterinya melahirkan berjalan dengan lancar.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 37 tahun itu berkata isterinya hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk melahirkan secara normal.
Malah, Fizo turut berpeluang untuk menyaksikan proses bersalin dan menyambut sendiri bayi kedua mereka itu keluar dari rahim isterinya.
YA ALLAH..tak terkata.
Dalam pada itu, pelakon berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga hospital diatas layanan yang sangat baik.
Info tambahan, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Khaleeda.
Sebelum ini, Fizo pernah bernikah dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu pada 10 Julai 2019, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (TAHNIAH) Isteri Selamat Bersalin Secara Normal, Fizo Omar Teruja Dah Ada Tiga Anak Perempuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments