Sedia maklum, sebelum ini nenek kepada penyanyi kumpulan M-Pop popular, Syasha Dolla iaitu Rozie Othman ada menegur cucunya itu untuk tidak tampil dengan imej seksi hingga sering menjadi kecaman netizen.
Menjawab kenyataan tersebut, Syasya berkata dia faham nenek mempunyai niat baik dengan menegur dirinya, namun dia hanya mahu membawa imej tersendiri.
Dalam pada itu, vokalis kumpulan Dolla itu berkata dia akan cuba perbaiki diri kearah yang lebih baik di masa hadapan kelak.
View this post on Instagram
Tetapi apa yang saya boleh katakan, generasi zaman sekarang kami ada style kami tersendiri. Zaman dulu dengan zaman sekarang banyak perbezaanya.
Tambahannya lagi, Rozie terus menghubungi cucu kesayangannya itu sejurus sahaja kenyataan yang dikeluarkan mengenai imej seksi itu tersebar di setiap platform media.
Sekadar info, Syasha Dolla ditemu bual oleh pihak media sewaktu menghadirkan diri ke majlis Music Is Universal, pada Rabu, semalam.
The post “Generasi Zaman Sekarang Kami Ada Style Sendiri” – Nenek Tegur Imej Seksi, Syasya Dolla Tak Mahu Pura-Pura first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments