Sedia maklum, penampilan penyanyi kecil molek, Atilia Haron selalu menjadi perhatian netizen, lagi-lagi selepas dia didakwa mempunyai tatu di bahagian belakang badannya, baru-baru ini.
Sewaktu ditanya oleh wartawan Kiffy Razak di laman TikTok mengenai sama ada mahu mengubah penampilan seperti ibunya, Salamiah Hassan, penyanyi itu berkata ibu juga mahu dia bertudung, namun ketika diri benar-benar sudah bersedia dan bukannya dipaksa mana-mana pihak.
Walaupun berasa selesa dengan imej tidak bertudung sekarang ini, Atilia ada juga meminta agar netizen terus mendoakan dirinya bertudung satu hari nanti.
Buat masa sekarang saya selesa macam ni, dengan kerja-kerja yang saya lakukan.
Penyanyi yang kini sudah menjelang usia 50 tahun itu seakan sudah lali dengan kecaman netizen mengenai imejnya yang tidak bertudung serta seksi.
Sekadar info, sebelum ini tular video Atilia sedang bernyanyi di sebuah kafe dan hal yang menarik perhatian netizen untuk ‘menghentamnya’ adalah tatu besar yang ada di belakang badan.
The post (VIDEO) “Saya Selesa Macam Ni” – Usia Cecah 50 Tahun, Atilia Jawab Persoalan Bila Mahu Bertudung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments