Sebagai ibu dan bapa, kita digalakkan untuk masuk campur dan berada bersama anak (jika berkesempatan) ketika mereka membesar. Ingat, 1000 hari yang pertama sangat penting.
Namun, janganlah pula melakukan perkara yang merisikokan keadaan mereka dan biarlah anak itu membesar mengikut rentak masing-masing.
Sepasang suami isteri meraih perhatian selepas tular satu rakaman video mempamerkan mereka masing-masing memegang tangan kiri dan kanan anak untuk mengajarnya berjalan.
Apa yang menjadi isu adalah kerana anak itu baru berusia 6 bulan setengah dan sepatutnya tidak boleh dipaksa untuk melangkah.
Apatah lagi, tangan serta kaki si kecil itu juga masih belum cukup kuat untuk diajar berbuat sebegitu.
Berdasarkan emoji yang digunakan, suami isteri berkenaan dipercayai berasa ‘down’ kerana anak lelaki mereka masih belum pandai berjalan.
Video itu dimuat naik oleh seorang individu di Facebook dan ia ternyata mengundang pelbagai komen daripada netizen yang mengkritik pasangan tersebut.
Ramai yang turut meluahkan kebimbangan mereka terhadap keadaan kanak-kanak tersebut kerana perbuatan ibu bapanya itu berisiko untuk membuatkan anggota badannya tercedera.
Budak 6 bulan baru bagi duduk dalam walker. Berdiri pun tak gagah lagi dah suruh berjalan.”
The post “Mak Bapak Benak” – Pasangan Dikecam ‘Paksa’ Anak Umur 6 Bulan Berjalan, Netizen Risau Tangan & Kaki Terkehel first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments