#Hiburan: Pu Syed ‘Hentam’ Baby Shima, Suka Hati Keluarkan Fatwa Tentang Konsert – “Senang Sungguh Jari Jemari Menaip…”

Sepanjang minggu ini, topik tentang konsert kumpulan rock terkenal Britain, Coldplay menjadi bualan ramai warganet di media sosial.

Rata-rata peminat berasa teruja kerana ia merupakan konsert pertama band itu di Malaysia dan bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisement

Bagaimanapun, segelintir pihak termasuklah pendakwah bebas, PU Syed berpendapat ia tidak patut diadakan dan menggesa agar konsert tersebut dibatalkan.

Bukan itu saja, dia turut menegur penyanyi dangdut Baby Shima yang dikatakan telah mengeluarkan fatwa sendiri tentang halal haram sesebuah konsert.

PU Syed meluahkan rasa bimbang apabila seseorang yang tak faham agama sewenang-wenangnya berbicara tentang halal dan haram. Tindakan itu dikhuatiri akan menjerumus seseorang ke golongan Ruwaibidhah.

Jelasnya lagi, hukum menyanyi dan penganjuran konsert telah dibahaskan oleh ulama, ianya dibenarkan jika jaga adab dan patuh syariat. Tetapi jika sebaliknya, mohon dihentikan.

Terdahulu, Baby Shima telah memberikan pandangannya selepas segelintir pihak kurang bersetuju Coldplay mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

Katanya, tiada masalah konsert diadakan di Malaysia dan setiap orang mempunyai pilihan sama ada nak menonton atau duduk di rumah sahaja bagi yang merasakan ianya haram.

4 jam lalu

"Siapa Kata Konsert Haram, Jangan Datang. Duduk Rumah, Duduk Surau" - Baby Shima

The post Pu Syed ‘Hentam’ Baby Shima, Suka Hati Keluarkan Fatwa Tentang Konsert – “Senang Sungguh Jari Jemari Menaip…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments