#Hiburan: “Dari Kecaman Tulah Kita Boleh Naik” – Kak KM Mengaku Sengaja Undang Kontroversi

Seperti yang ramai ketahui, usahawan sensasi, Kak KM sering mendapat perhatian orang ramai selepas namanya terkait dengan pelbagai kontroversi mengenai penampilan dan kelakuannya di khalayak ramai.

Menerusi temu bual bersama Nona, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mengakui dia sudah lali dengan kecaman netizen.

Advertisement

Bukan itu sahaja, usahawan itu turut menganggap kecaman daripada orang ramai yang membuatkan rezekinya semakin meluas.

Kita dah tahu dah dalam industri ni kita memang akan dikecam, memang kita minta pun dikecam.

Jelasnya lagi, kecaman daripada orang ramai juga telah membuatkan dirinya dikenali sebagai seseorang yang berada di dalam industri hiburan.

Kecaman itulah kita boleh naik. Kalau takde kecam orang tak kenal kita.

Dalam pada itu, Kak KM turut menceritakan tentang pengalaman hidupnya yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dan juga merupakan pelakon legend, Normah Damanhuri.

Malah, usahawan itu mengakui bukan mudah untuk melihat ibunya untuk membesarkan adik beradiknya seorang diri dan ingin membalas jasa ibunya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

datin seri shahidah lari rumah
4 jam lalu

"I Tak Makan Minum Atau Jumpa Orang" - 'Stress' Dengan Perangai Suami, Datin Seri Shahida Pernah Lari Rumah

The post “Dari Kecaman Tulah Kita Boleh Naik” – Kak KM Mengaku Sengaja Undang Kontroversi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments