Sedia maklum, kes yang berlaku di antara suami Miera Liyana, Rosland Othman dan isteri pertama sememangnya menjadi perhatian ramai, lagi-lagi selepas Adibah mendedahkan suami tidak lagi menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Tidak berdiam diri, Miera tampil membuat status di Instagram bahawa terdapat dua cerita mengenai situasi yang sudah berlaku dan meminta Adibah tidak terlalu ghairah mengejar glamor.
Terbaharu, pelakon tersebut ada berkongsikan foto di Instagram memaparkan kebahagiaannya bersama suami serta anak-anak tiri.
Perkongsiaan tersebut telah meraih perhatian setelah sebuah portal hiburan memuat naiknya di laman Facebook mereka.
Biarpun sekadar mahu berkongsikan momen-momen bahagia bersama suami dan anak-anak tiri, netizen mempunyai pandangan berbeza serta sempat meninggalkan nasihat ‘pedas’ buat aktres itu serta suami.
Menurut sesetengah netizen, Miera seakan-akan tidak berhati perut memperlakukan isteri pertama dengan merampas suami serta anak-anaknya.
Bahkan, ada juga berkata bahawa kebahagiaan yang dimiliki tidak akan kekal lama jika ia menderitakan kehidupan orang lain.
Sekadar info, Rosland Othman sebelum ini dikhabarkan sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah Adibah serta memberi nafkah kepada wanita itu serta anak-anak.
The post “Mula-Mula Suami, Sekarang Anak-Anak Pun Nak Amik Ke Perampas?!” – ‘Upload’ Foto Dengan Anak Tiri, Netizen Selar Miera Liyana first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments