#Hiburan: “Jika Pemimpin Tertinggi Negara Pun….” – Kritik PMX, PU Syed Gesa Konsert Coldplay Di Malaysia Dibatalkan

Pendakwah terkenal, PU Syed kali ini tampil bersuara mengenai penganjuran konsert artis antarabangsa terkenal, Coldplay yang dijangka berlangsung pada bulan November ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram, PU Syed juga ‘menegur’ Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat mengalu-alukan kedatangan kumpulan nyanyian itu ke Malaysia.

Advertisement

Jika pemimpin tertinggi negara pun mengalu-alukan kedatangan kumpulan ini ke Malaysia. Tak tahu nak kata apa dah.

Katanya lagi, penganjuran konsert tersebut tidak memberikan sebarang manfaat kepada ummah dan menggesa agar pihak terlibat untuk menghentikan budaya hedonisme dalam masyarakat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Kami bantah penganjuran konsert tak bermanfaat kepada ummah ini.

Hentikan budaya hedonisme dalam masyarakat. Ade ambe takut. Bantah konsert Coldplay.

PU Syed sebelum ini pernah melakukan benda yang sama kepada penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Billie Eilish yang diadakan pada Ogos 2022 yang lalu.

Pendakwah itu menganggap aktiviti hiburan yang dianjurkan itu tidak memberikan manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Amy mastura susuk
2 hari lalu

(VIDEO) Nak Buktikan Tak Pakai Susuk, Amy Mastura Buat Video Makan Sate Ayam

The post “Jika Pemimpin Tertinggi Negara Pun….” – Kritik PMX, PU Syed Gesa Konsert Coldplay Di Malaysia Dibatalkan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments