Jika sebelum ini usahawan serta pempegaruh, Khairul Aming belanja seluruh stafnya membeli baju untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, kali ini sekali lagi dia menarik perhatian warganet dengan sikap murah hatinya.
Melalui ciapan yang dibuat oleh Khairul Aming, dia sekali lagi belanja staf-staf yang bekerja di kilang Sambal Nyet sebagai tanda penghargaan bekerja keras dalam pembuatan produknya itu.
Difahamkan, mereka menginap di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang yang terletak di Langkawi iaitu Park Royal.
Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama 5 hari untuk bawa kesemua 60 staff bercuti di Langkawi. Kita sediakan hotel 5 bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tgk sunset & duit belanja untuk diaorang shopping. Alhamdulillah semua staff happy ?? pic.twitter.com/in15T42wFQ
— Khairulaming (@khairulaming) May 21, 2023
Bukan itu saja, keesokan harinya KA telah membuat kejutan dengan memberi pekerja-pekerjanya menaiki ‘private yatch’ dan melakukan aktiviti bersama seperti ‘snorkeling’, meneroka gua serta lihat matahari terbenam.
Dalam pada masa yang sama, ‘influencer’ tersebut tidak lupa untuk memberi staf-stafnya duit belanja sewaktu bercuti di sana supaya dapat membeli ‘ole-ole’ buat keluarga ataupun untuk diri sendiri.
Susulan video tersebut telah viral, ramai yang memuji sikap Khairul Aming yang tidak kedekut untuk mengeluarkan jumlah wang banyak buat pekerja-pekerjanya.
Sekadar info, biarpun jualan Sambal Nyet sudah mencecah sebanyak RM14 juta, netizen mengelar Khairul Aming sebagai jutawan yang sangat merendah diri kerana tidak pernah menunjuk kekayaannya.
The post 5 Hari Kilang Sambal Nyet Ditutup, Khairul Aming Belanja Staf Hotel 5 Bintang & Naik ‘Private Yatch’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments