#Hiburan: “Saya Cari Dia Bila Depresi” – Alyph Dedah Sisi Baik Caprice, Tak Berkira Bab Hulurkan Bantuan

Sedia maklum, sebelum ini penyanyi kelahiran Singapura iaitu Alyph mempunyai sejarah silam menghidap masalah kesihatan mental dan dia sangat menghargai bantuan yang diberi oleh Caprice ketika dirinya di fasa depresi sewaktu pandemik COVID-19.

Menurut Alyph atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Abdullah, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan itu merupakan orang pertama yang menghulurkan bantuan kepadanya ketika diserang depresi.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ALYPH (@alyphland)

Dalam pada itu, penyanyi tersebut memberitahu dia sudah mengenali satu sama lain untuk jangka masa yang lama dan akan menghubungi Caprice terlebih dahulu untuk meminta pendapat hadapi penyakit terbabit.

Saya sangat hormat dan hargai Caprice sebab tak kisahlah apa sahaja yang sedang berlaku, dia sentiasa akan angkat panggilan telefon saya.

Apabila ditanya tentang tohmahan yang sering dileparkan oleh netizen buat Caprice, Alpyh lebih memilih untuk pandang dari sudut positif berbanding negatif.

Bagaimanapun, dia turut bersetuju bahawa beberapa perkara perlu diselesaikan secara peribadi berbanding meluahkan pandangannya di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Ustaz Kazim Elias tarik diri dari PRU-15
2 jam lalu

Dikutuk Semalaman Sertai PRU15, Ustaz Kazim Elias Umum Tarik Diri Pagi Ini

The post “Saya Cari Dia Bila Depresi” – Alyph Dedah Sisi Baik Caprice, Tak Berkira Bab Hulurkan Bantuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments