Sebelum ini, pelakon Adam Shahz didakwa tidak ‘move on’ dan cemburu melihat bekas isterinya, Fatin Afeefa yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan dengan kekasih hati.
Dakwaan itu muncul selepas Adam memuat naik video memaparkan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia yang membuat pengakuan mengenai bekas isterinya tidur bersama teman lelaki.
Bagaimanapun, pelakon berusia 41 tahun itu tidak kisah dengan tanggapan orang lain sebaliknya ingin mempertahankan hak anak perempuannya.
Menurut Adam, dia ada menelefon ibu Fatin untuk mendapatkan kepastian mengenai pengakuan anaknya itu.
Mak dia cakap diorang dah kahwin senyap-senyap, tiba-tiba dapat tahu baru bertunang. Kahwin celah mana kau ni?”
Bukan itu sahaja, apa yang lebih mengelirukan keadaan apabila Fatin baru sahaja meminta sijil cerai perkahwinan mereka.
Bila kau nak kahwin baru, kau perlukan sijil cerai. Jadi maknanya kau belum kahwin. Aku tak tahu sekarang ni siapa yang menipu, mak kau ke kau ke?”
Dalam pada itu, Adam memaklumkan dia sudah sebulan tidak dapat bertemu dengan Ivy kerana segala komunikasi telah disekat dan enggan terus pergi ke kediaman Fatin kerana takut boleh membinasakan diri.
Kalau pergi sana tapi jadi hal dengan polis aku menceroboh property orang lain, jadi panjang cerita.”
Malah, pelakon Juvana itu lebih memilih untuk melakukan prosedur terbaik iaitu melalui tindakan undang-undang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kahwin Celah Mana Kau Ni?” – Adam Shahz Dakwa Fatin Afeefa Suka ‘Putar Belit’ Cerita first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments