#Hiburan: “Nak Lari Dari Undi La Tu” – Janna Nick ‘Healing’ Di Eropah, Netizen Pesan Jangan Lupa PRU15

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Janna Nick dikhabarkan sudah menamatkan hubungan cinta dengan kekasihnya, Dini Schatzmann selepas memuat naik hantaran ‘broken’ di laman Instagram.

Terkini, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner dikatakan cuba mencari ketenangan di Eropah.

Advertisement

Cari ketenangan.. merajuk.

Perkara itu dikongsi oleh pelakon, Puteri Sarah Liyana menerusi Insta Story memaklumkan dia terserempak pelakon berusia 27 tahun itu di lapangan terbang.

Boleh pula terjumpa Janna Nick kat airport. Jaga diri sorang-sorang di manamu berada nanti. Love you.

Susulan itu, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya menganggap Janna bertuah kerana berpeluang untuk ‘healing’ di luar negara.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan penyanyi lagu Gatal itu ‘travel’ ke luar negara di saat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah semakin hampir.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Janna Nick
1 hari lalu

"Dah Berakhir Untuk Selamanya.." - Hubungan Cinta Janna Nick & Dini Schatzmann Putus Di Tengah Jalan?

The post “Nak Lari Dari Undi La Tu” – Janna Nick ‘Healing’ Di Eropah, Netizen Pesan Jangan Lupa PRU15 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments