#Hiburan: Video Muzik Raya Didakwa Ada Unsur ‘Drag Queen’, Vida Mengaku Tak Bersalah Muat Naik Hantaran Sumbang

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan sumbang pada 29 April 2022.

Menurut sumber, pengakuan tersebut dibuat di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, Vida atau atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, didakwa memuat naik kandungan sumbang dengan niat menyakiti hati orang lain menerusi saluran YouTube DSV Entertainment yang diperlihatkan pada 5 Mei 2022 di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyberjaya, Selangor.

Vida juga didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Hakim Ahmad Fuad menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disambung semula pada 7 Disember 2022 untuk serahan dokumen.

Sekadar info, Vida sebelum ini pernah hadir ke SKMM bagi membantu siasatan berkaitan video muzik kontroversi Muah Muah Raya.

Video muzik berkenaan juga mendapat reaksi negatif warga maya kerana dianggap tidak menghormati hari raya serta menampilkan unsur ‘drag queen’.

muah muah raya DS Vida
6 bulan lalu

"Muah Muah Raya" - Lepas Datuk Aliff Syukri, DS Vida Pula Bakal Terbit MV Lagu Raya Terbaru

The post Video Muzik Raya Didakwa Ada Unsur ‘Drag Queen’, Vida Mengaku Tak Bersalah Muat Naik Hantaran Sumbang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments