Mengambil gambar atau merakam sewaktu mahu pangkah pada kertas undian adalah satu perbuatan yang dilarang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun memaklumkan rakyat tentang peraturan yang perlu dipatuhi ketika hadir mengundi.
Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang ingkar dan merakam sebelum memuat naik video ketika proses pengundian mengundang kecaman ramai netizen.
Menerusi Twitter, netizen pakat mendedahkan akaun individu yang berbuat sedemikian dan setakat ini seorang perempuan serta seorang lelaki didapati melanggar peraturan tersebut.
— brgsjks (@brgsjks) November 19, 2022
Tindakan dua individu tersebut membuatkan netizen berang kerana selamba melanggar undang-undang yang sudah ditetapkan oleh SPR dan berasa bangga dengan memuat naik konten sebegitu.
Rata-ratanya memohon agar pihak SPR ambil maklum tentang tindakan dua individu tersebut dan berhadap agar mereka dikenakan tindakan selanjutnya.
Bukan hanya di TikTok, ada juga individu yang didapati merakam konten ketika melakukan proses mengundi dan memuat naik video tersebut di lama Facebook.
Videonya dah delete, tapi resit wa simpan ? pic.twitter.com/Y8qcsnwfqn
— Afiq. (@afiqdruce) November 19, 2022
Setakat artikel ini ditulis, video yang dimuat naik itu telah pun dipadam daripada akaun TikTok masing-masing namun terdapat netizen yang sempat simpan rakaman tersebut sebelum ia dilupuskan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Macam Mana Boleh Lepas Bawa ‘Phone’?” – Netizen Berang Ada Yang Rakam Proses Undi & Selamba ‘Upload’ Di TikTok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments