Gara-gara memuat naik video dirinya mengenakan baju parti Perikatan Nasional di TikTok, pasangan pelakon dan usahawan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjadi bahan kecaman netizen di media sosial.
Dalam hantaran video tersebut yang kemudiannya menjadi tular, Aeril juga ada menanyakan soalan kepada peminat iaitu “Aeril undi apa nanti?” dan kemudiannya menunjukkan foto dia memakai baju Perikatan Nasional.
Ia sekaligus membuatkan netizen tampil memberikan kritikan dan juga kecaman bertubi-tubi buat suami kepada pelakon Wawa Zainal itu.
Malah, ada juga yang bertanyakan adakah Aeril dibayar dengan jumlah wang yang banyak hanya semata-mata untuk berkempen bagi parti berkenaan.
Namun, dalam kebanyakan yang menghentam Aeril, ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah hak peribadi seorang individu untuk menyokong mana-mana parti pilihan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini.
Pakcik dapat khabar. Katanya ada pasangan selebriti ambil job influence peminat untuk tarik undi bagi parti tak guna ni.
Suami isteri yang high maintenance katanya. Masa nikah dulu pun ada kontroversi.
Pakcik doakan korang bertaubat.
— Suara Hati Tommy (Parody) (@NotTommyThomas) November 15, 2022
Biarlah dia nak sokong apa pun, dah kenapa tiba-tiba kata dapat duit pulak?
Dek kehangatan PRU15 yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini, ramai dalam kalangan artis dilihat turut sama turun padang bagi membantu mempromosikan parti politik pilihan masing-masing.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Berapa Ribu Dapat Buat Video Camni?” – Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Pakai Baju PN Di TikTok, Netizen Perli Dah Lupa Diri? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments