Sebelum ini, pempegaruh popular di platform TikTok bernama Liana atau ketika ini netizen mengenalinya sebagai Liana Beep Beep memberitahu bahawa akaun media sosialnya itu disekat dan kerana itu terpaksa membuka akaun baru.
Bagaimanapun, kenyataan yang dibuat oleh influencer makanan itu disangkal oleh syarikat yang bekerjasama bersama Liana dan memberitahu dia telah melanggar kontrak syarikat.
Beep beep sana, beep beep sini.. Rupanya kereta company yang create her social media persona yang sewa untuk buat content semata-mata.. LOL.. Patutlah dari awal rasa macam something off with her vibes ??
— ??? (@IniAlalalannn) November 12, 2022
Melalui video penjelasan yang dibuat oleh syarikat terbabit, mereka mendakwa perjanjian kontrak melibatkan rakaman konten, pengurusan akaun dan pembayaran set akan pihak syarikat tanggung sepenuhnya.
Setelah 10 bulan berkerjasama, Liana memaklumkan bahawa dirinya tidak lagi boleh bekerja dalam jangka masa yang lama.
Saya memang tiada masa sebab saya mengandung. Saya kena jaga kandungan saya dan nutrisi pemakanan. – Liana
Atas dasar beperikemanusiaan, pihak syarikat tidak memaksa Liana untuk terus bekerja, namun harus menanggung kerugiaan. Tetapi lain pula cerita apabila Liana dikatakan membuka akaun persendirian baru dan terima banyak tawaran kerja berbanding akaun yang dijaga oleh pihak syarikat itu.
Disebabkan itu, Liana telah melanggar perjanjian kontrak syarikat dan akaun lama telah diambil sepenuhnya oleh pihak syarikat.
Meninjau di akaun terbaru TikToker tersebut, konten yang dilakukan lebih kurang sama dengan akaun yang sebelum ini iaitu membuat review makanan, namun komen yang diterima daripada netizen, rata-ratanya menganggap dia lupa diri.
The post “Terpaling Kena Hack, Penipu!” – Dakwa Akaun Disekat, Rupanya ‘TikToker’ Langgar Kontrak Syarikat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments