Kecoh di media sosial sejak semalam apabila perkhidmatan LRT milik syarikat Prasarana mengalami kerosakan dan hari ini, gangguan servis itu dilaporkan akan terus berlangsung selama seminggu mulai semalam sehingga 15 November ini.
Perkara tersebut turut diuar-uarkan agensi tersebut di media sosial Twitter mereka, @AskRapidKL untuk pengetahuan pengguna.
Berikutan itu, ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan aduan dan rintihan rakyat yang terjejas di mana mereka kebanyakannya bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan awam untuk bergerak ke tempat kerja dan sebagainya.
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 8, 2022
Difahamkan, 16 stesen LRT antaranya KL Sentral, Kelana Jaya, Taman Bahagia, Kerinchi, Bangsar, KLCC, Ampang Park mengalami kerosakan sistem dan tidak dapat berfungsi untuk sementara waktu.
Meskipun terdapat sidang media ringkas daripada agensi tersebut yang menerangkan kesulitan yang dihadapi perkhidmatan LRT itu pada ketika ini, netizen lebih tertumpu kepada tindakan CEO dan pihak tertinggi agensi tersebut yang tidak tampil menjelaskan keadaan mahupun meminta maaf.
Menteri Wee Ka Siong patut melutut dalam sidang media untuk minta maaf. Mohon letak jawatan dengan segera!
Ada juga yang meninggalkan komen bahawa memang terdapat masalah di laluan utama LRT Kelana Jaya namun ia diabaikan sehinggalah terjadinya perkara yang tidak dapat dielakkan seperti ini.
Malah, ada netizen menuntut agar dipulangkan kembali wang MY50 yang memandangkan mereka tidak boleh menggunakan perkhidmatan LRT yang tergendala.
Pengurusan tertinggi harus memohon maaf secara terbuka kepada warga Kuala Lumpur. Menyusahkan yang amat sangat dan terlalu ramai yang terlibat. Masalah tak putus-putus.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Satu KL Kena Malapetaka!” – Perkhidmatan LRT Ditutup Seminggu, Rakyat Gesa CEO Prasarana Letak Jawatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments