#Hiburan: “Terus Bagi Balik” – Kesan Lokasi Telefon Bimbit Yang Dicuri, Mekyun Bawa Polis Terus Pergi Rumah Pencuri

Influencer terkenal media sosial, Mekyun baru-baru ini berkongsi kisah tentang mendapatkan kembali telefon bimbitnya yang dicuri beberapa hari lalu.

Menerusi Instagram Story,Mekyun atau nama sebenarnya, Wee Yun Nee, menjelaskan lokasi telefon bimbit miliknya yang dicuri berjaya dikesan dan dia turut membawa pihak polis ke tempat tersebut.

Advertisement

Telefon Mekyun kena curi tiga hari lalu. Semalam dapat kesan lokasi. Memang silap orang lah dia nak curi telefon”

Bercerita lebih lanjut, Mekyun memberitahu telefon bimbit itu diserahkan semula oleh si pencuri setelah ketibaan dia dan pihak berkuasa di lokasi berkenaan.

Terus bagi balik telefon Mekyun lepas tu. Jadi, selepas ini fikir dua kali sebelum awak nak curi telefon orang okay?”

Dalam pada itu, Mekyun sempat mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya kerana sentiasa berada di sampingnya sepanjang proses siasatan dijalankan.

Untuk info, Mekyun merupakan seorang influencer yang terkenal di aplikasi TikTok kerana fasih bertutur dalam dialek Kelantan walaupun berbangsa Cina.

Influencer dedah kaum Cina pun main santau
2 bulan lalu

"Kami Pun Ada Our Version" - 'Influencer' Dedah Kaum Cina Pun Main Bomoh Untuk 'Business'?

The post “Terus Bagi Balik” – Kesan Lokasi Telefon Bimbit Yang Dicuri, Mekyun Bawa Polis Terus Pergi Rumah Pencuri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments