Siapa saja yang dalam kesusahan, pasti pendakwah bebas bernama Ustaz Ebit Lew akan turun menghulurkan bantuan dalam sekelip mata dan individu terawal yang akan membantu.
Beberapa hari lalu, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan bekerja sebagai penghantar makanan dibantu oleh Ebit Lew kerana difahamkan telah berpisah dengan suami.
Untuk menyara seorang cahaya mata itu, wanita itu telah menjadi penghantar makanan, namun dengan hanya berjalan kaki dan tidak menggunakan motor seperti rider lain.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, di ruangan komen seorang jejaka bernama Fakhrul Rosli menafikan dirinya serta wanita bernama Amy itu sudah lama berpisah. Menurutnya, biarpun mereka tinggal berasingan, hubungan suami isteri itu masih dalam keadaan baik dan berhubung demi kepentingan anak.
Status terkini suami isteri tersebut masih di dalam proses dan sepatutnya menerima keputusan dari pihak mahkamah pada hari ini.
Menurut Fakhrul lagi, jauh disudut hati masih menyayangi Amy dan anak serta berharap masih dapat pertahankan rumah tangga mereka lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.
The post “Salah Tu Ustaz..” – Dikata Dah Lama Berpisah, Suami Ibu Tunggal Viral Tampil Betulkan Kenyataan Ebit Lew first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments