#Hiburan: “Simpan Sikit Ko Punya Biadap Tu” – Ungkit Kisah Rumah Tangga Dengan Bekas Isteri, Fizo Omar Selar Netizen

Baru-baru ini, pelakon Fizo Omar telah memuat naik hantaran di laman Instagram memaparkan foto beberapa orang ahli parlimen yang sedang duduk berbincang susulan beberapa hari selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diketahui.

Menerusi hantaran tersebut, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar menyatakan rakyat Malaysia hanya boleh bersangka baik sementara menunggu jawapan perlimen tergantung gara-gara tidak ada parti yang mendapat sokongan majoriti.

Advertisement

Biarlah gambar berbicara. Mungkin mereka terpaksa bersemuka duduk semeja demi Negara.

Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun itu turut mengimbau sewaktu parti politik berkenaan mengadakan kempen sebelum PRU diadakan.

Bila tengok balik video mereka berceramah sebelum PRU hari tu, hmmm… rasa macam gambar edit pulak ni kan?

Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang turut meluahkan rasa kebimbangan.

Bagaimanapun, terdapat seorang netizen yang bertindak mengaitkan situasi berkenaan dengan kisah rumah tangga Fizo bersama bekas isteri, Mawar Abdul Karim.

Tampil membalas komen, pelakon Pengantin Satu Malam itu meluahkan rasa tidak berpuas hati dan menganggap individu berkenaan sebagai biadap.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 jam lalu

"Pak Ustaz Approve Ke?" - Neelofa Pakai 'Skirt' Pendek, Netizen Tegur Nampak Bentuk Kaki

The post “Simpan Sikit Ko Punya Biadap Tu” – Ungkit Kisah Rumah Tangga Dengan Bekas Isteri, Fizo Omar Selar Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments